Friday 6 February 2009

Sepuluh Mutarabbi Yang Dijamin Syurga di Sepanjang Sejarah Manusia: Saidina Sa’id bin Zaid




Assalammu’alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh,

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Apa khabar para pembaca sekalian?Saya berdoa agar para pembaca berada di dalam keadaan selamat dan sejahtera serta mendapat petunjuk Allah S.W.T.Kali ini,penulis hendak berkongsi sedikit tentang sejarah hidup salah seorang sahabat Rasul SAW yang sering dipandang sepi oleh umat Islam iaitu Saidina Sa’id bin Zaid RA.Hasil tarbiah Rasul SAW yang menyeluruh terhadap Saidina Sa’id RA menyebabkan beliau telah Berjaya dinobatkan anugerah!Apakah anugerah itu?Sedikit perkongsian,anugerah itu sangat bernilai dari dunia seisinya,lebih hebat dari anugerah dekan,lebih hebat dari anugerah nobel dan nak dimudahkan cerita lebih hebat dari segala anugerah yang ada di dunia yang fana in.Dipermudahkan kisah,Saidina Sa’id RA merupakan antara Sepuluh Sahabat Yang Dijamin Syurga!Jikalau Rasul SAW mampu mentarbiah mutarabbinya sehingga dijamin syurga mengapa kita tidak boleh?Rasul SAW juga manusia biasa.Baginda juga sentiasa berusaha,berdoa dan bertawwakal untuk memastikan kejayaan berpihak kepada Umat Islam.Insya Allah,jika Rasul SAW mampu lakukan kita umatnya juga mampu lakukan.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan Yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadanya mengampuni (dosa-dosa kamu Yang telah lalu). dan (ingatlah), Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu Yang lain)” Al-Fussilat:6

Kita kembali kepada kisah Saidina Sa’id,

Nama lengkapnya ialah Sa’id bin Zaid bin Amr bin Nufail Al-Qurasyi Al-Adawi dan biasa dipanggil Abu A’war.Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 22 sebelum hijrah.Beliau adalah sosok sahabat yang terkenal memiliki gagasan-gagasan yang cemerlang,pemberani,bertubuh tinggi dan berambut lebat.Beliau termasuk di antara orang yang mula-mula masuk Islam dan salah seorang dari sahabat Rasul SAW yang diberitakan Rasul SAW masuk syurga.Isteri beliau iaitu Sayyidah Fatimah Al-Khattab yang juga sahabiah merupakan saudara perempuan Umar Al-Khattab RA.Umar juga menikah dengan Atikah iaitu saudara perempuan Sa’id bin Zaid RA.

Sa’id RA merupakan faktor yang menyebabkan Saidina Umar tertarik untuk masuk Islam.Suatu hari,Saidina Umar dan isterinya bertamu ke rumah Sayyidah Fatimah,isterinya Saidina Sa’id.Ketika itu juga di dalam rumah tersebut ada Khabab ibn Art RA.Mereka sedang mempelajari Al-Quran bersama-sama.Ketika mereka memberikan mushaf Al-Quran kepada Saidina Umar RA (setelah Saidina Umar bersuci),Saidina Umar membaca mushaf tersebut.Setelah itu,Umar pergi menemui Rasul SAW dan mengikrarkan diri masuk Islam di hadapan baginda.

Sebelum peperangan Badar meletus,Rasul SAW mendelegasikannya untuk mengurusi sebuah misi penting di luar kota Madinah,sehingga Sa’id RA tidak ikut dalam peperangan tersebut.Namun,Rasul SAW tetap memberikan Sa’id RA sebahagian hasil dari rampasan peperangan B adar.Selepas perang Badar, Sa’id RA tidak pernah tertinggal untuk mengikuti semua peperangan bersama Rasul SAW .Beliau turut serta di dalam peperangan Yarmuk,pengepungan kota Damaskus di Syria dan pembebasnya.Abu Ubaydah RA pernah mengangkatnya sebagai komandan perang di Damaskus.

Beliau meriwayatkan 48 hadis dari Rasul SAW.Di antaranya,

“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Siapa yang mati terbunuh kerana membela hartanya,maka ia tergolong mati syahid.Siapa yang mati kerana membela agamanya,maka ia tergolong mati syahid.Siapa yang mati kerana membela kehormatanya,maka ia tergolong mati syahid.Dan siapa yang mati kerana membela keluarganya,maka ia tergolong mati syahid”.Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi.Imam At-Tirmizi menyatakan,status hadis ini hasan sahih.

Beliau wafat di Al-Aqiq,sebuah daerah berdekatan Madinah pada 51Hijrah dan dimakamkan di kota Madinah.

Wallahu’alam

Ibn Ismail

10 Safar 1430 Hijrah

6/2/2009

4:32 PM

Rujukan:

Syaikh Muhammad Sa’id Mursi ,Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah..Jakarta:Pustaka al-Kautsar,2007.hlm. 34-35.




2 comments:

zahidzuhri said...

Perkongsian menarik,dah hilang skikt dahaga ;)

zaini_jb said...

jgn lupa ajak rakan2 yg lain sekali =)

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH SWT