Monday 2 February 2009

Syuhada’ Era Ini : As-Syahid Kamal As-Sananiri



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,

Assalammu'alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatuh,


Di kala kita asyik sibuk membicarakan tentang presiden terbaru amerika,eloklah rasanya kita beralih arah dan cuba mengambil manfaat serta pengajaran dari tokoh yang kurang dikenali ini tetapi telah pun meyumbangkan sepenuh dirinya untuk Islam iaitu As-Syahid Kamal As-Sananiri. Nama lengkapnya adalah Muhammad Kamaludin As-Sananiri.Lahir di Mesir pada tahun 1918 dan lulus dari SMA pada tahun 1934.Kemudian pada awal 40-an,beliau bergabung dengan Ikhwanul Muslimin.Beliau sempat berkahwin sebelum ditangkap dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan.Pada tahun 1954,beliau ditangkap dan dipenjara selama 19 tahun.Setelah satu bulan di penjara,puterinya meninggal dunia.Keluarga isterinya menginginkan agar dia menceraikan isterinya dan dia pun menceraikan isterinya ketika di dalam penjara.Kesan seksaan di dalam penjara,telinganya luka parah dan tulang rahangnya retak.

Ketika di dalam penjara,beliau bernikah dengan Aminah Qutb iaitu saudara perempuan Sayyid Qutb pada tahun 1973 tetapi tidak dikurniakan seorang pun zuriat hasil perkahwinan tersebut.Ibunya pernah memujuknya agar menulis surat yang isinya menyokong penguasa tetapi dia menolak cadangan ibunya dan berharap agar tiada anggota keluarganya yang mahu menulis surat seperti diharapkan ibunya.Beliau berkata kepada ibunya,

“Wahai ibuku,bagaimana nasib saya di hadapan Allah kalau saya menulis surat tersebut dan nanti malam saya meninggal dunia?Apakah ibu rela kalau anak ibu meninggal dunia dalam keadaan syirik?”


Beliau sering berpindah-pindah dari satu negara ke negara yang lain untuk menyatukan umat Islam di Eropah.Dia juga selalu menyatukan barisan pasukan mujahidin Pakistan.(penulis berharap dapat mencontohi beliau di dalam usaha ini dan ini merupakan cita-cita penulis sejak dari dulu).Usaha beliau ini selari dengan saranan Allah SWTdan Rasul SAW iaitu


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.”(As-Saff:4)


“Tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).


Dia adalah seorang yang wara’,zuhud,jarang berbicara,serius,mencintai sesama dan selalu bersemangat.Sheikh Hasan Al-Hudhaibi sangat menghormatinya,



“Beliau berhak mendapat penghargaan,kerana dia selalu berusaha untuk mempersatukan umat Islam.”

Beliau juga sangat rajin beribadah dan selalu puasa seperti Nabi Daud AS.Pada September 1981,beliau ditangkap dan dipenjara serta pada tahun yang sama gugur syahid kerana tidak kuat dengan kerasnya siksaan.Pihak Pemerintah bersedia untuk menyerahkan jenazahnya dengan syarat pihak keluarga tidak mengumumkan berita duka.Di samping itu ,Pemerintah juga mensyaratkan agar yang mengusung jenazah hanya beberapa anggota sahaja. Setakat ini sahaja,semoga jiddiyahnya mampu kita contohi.

Wallahu’alam

Ibn Ismail

7 Safar 1430 Hijrah

2/2/2009

2:55PM

Rujukan:

Syaikh Muhammad Sa’id Mursi ,Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah..Jakarta:Pustaka al-Kautsar,2007.hlm. 271-272.

No comments:

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH SWT