Tuesday 28 April 2009

Ats-Tsawabit Wal-Mutaghayyirat Penulis : Jum'ah Amin


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Buku yang sudah saya miliki.Anda bila lagi?

Buku ini adalah sebuah karya gemilang daripada seorang aktivis dakwah. Di dalamnya dijelaskan tentang pelbagai aspek yang bersifat tetap (tsawabit) dan mutaghayyirat dalam dakwah Ikhwanul Muslimun, iaitu dakwah Islam yang komprehensif, yang turun daripada sisi Allah. Dikemukakan juga tentang kesempurnaan Islam dan tarbiyah. Penulis mengungkapkan tentang tujuan jangka pendek (hadaf) dan tujuan akhir (ghayah) dari dakwah serta lingkup dan buah tarbiyah.

Tidak hanya itu, kandungan "Risalah Ta'lim" dan "Rukun Baiat" juga dibahas sebagai dasar pemahaman terhadap Islam. Bahkan, elemen-elemen syura yang mengikat sebagai puncak ketinggian dalam Islam pun dikupas. Diketengahkan juga aspek-aspek penerapan syura dalam sejarah Islam dan kehidupan Rasulullah saw. serta para Khalifah pengganti Nabi.

Satu hal yang juga menjadi kelebihan dari buku ini adalah penulis tidak lupa untuk tetap menyampaikan tentang tujuan akhir dari kehidupan ini. Beliau menulis tentang ibadah dalam persepsi yang utuh. Allahlah tujuan paling agung dan sasaran tertinggi dari semuanya. Dan, kesempurnaan ibadah itu hanyalah milik Allah semata.

No comments:

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH SWT