Thursday 2 July 2009

Ustaz Syed Ahmad bin Muhammad Semait

Salam 'alaik,untuk pengetahuan umum Almarhum Ustaz Syed Ahmad Semait merupakan antara tokoh ulama' yang ana segani dan hormati.Sangat mengejutkan dan berasa rugi sebab Almarhum sebenarnya ada mensyarahkan kitab Ihya' Ulumuddin setiap hari jumaat di Masjid Abdul Razak.Masjid Abdul Razak pula merupakan masjid yang ana akan berkunjung jika berada di Singapura dan ia terletak berdekatan rumah atok ana.Sedihnya sebab baru sekarang ana tahu dia pernah mengajar di sana.Ruginya sebab tak sempat belajar kitab Ihya' dari ahlinya.


Ustaz Syed Ahmad bin Muhammad Semait
(21/8/1933 - 15/7/2006)



image002




Ustaz Syed Ahmad bin Muhammad Semait was born in Singapore, on Monday, 21 August 1933, corresponding to 29 Rabiul Akhir 1352. His father was an Arab who worked as a clerk in a real estate company and was active in social works among the local Arab community. His mother hailed from Kemaman, Terengganu, Malaysia.

Ustaz Syed Ahmad has one maternal brother and two maternal sisters, and three brothers and two sisters from the same father and mother.

When he was 12 years old, his father passed away. With no one to support the family, life was hard. His father’s relatives suggested that Ustaz Syed Ahmad and his younger brother, Mufti Syed Isa, to be sent to an orphanage called Malja’ al-Aitam (later renamed to Darul Ihsan). This is to enable both of them to continue their studies. However, Ustaz Syed Ahmad could not stay long in that orphanage. He had to work to ease the financial burden of his mother.

Ustaz Syed Ahmad received his formal education at Madrasah Aljunied Al-Islamiah. He stopped when he finished Level Six and did not continue in the Special Class which was opened to selected students, even though he was among the best students in his cohort. He worked fulltime in a textile shop owned by the famous scholar Sheikh Umar bin Abdullah Al-Khatib.

His education did not stop there. He continued attending the weekly religious class with the Madrasah principal at that time, Syeikh Abdullah Balfaqeh, learning the traditional way. He also attended the famous Sunday morning class, reading books on Tasauf, Hadith and Tafsir with the local ulama. And on every Thursday night, he attended another class held by a group of ulama, reading books on Fiqh and other subjects. Both of these classes continue till today. In his later life, both classes were to be lead by Ustaz Syed Ahmad. Now, the trust to lead them fell on his brother, Mufti Syed Isa Semait.

His work in the textile shop owned by the famous scholar Sheikh Umar bin Abdullah Al-Khatib served to be more than just earning money for his mother and siblings. It was to be one of the momentous moment in his life. Two things happened when he worked there:

a) He benefited a lot from the knowledge and mastery of Islam from the erudite scholar Sheikh Umar Al-Khatib. He was not only his employer, but more importantly, as what Ustaz Syed Ahmad later admitted, his ‘Syeikh Al-Fateh’. He learnt with Sheikh Umar Al-Khatib throughout his life. Even though there were certain things that he quite not agree with Syeikh Umar Al-Khatib, that only showed his critical and analytical mind. And Sheikh Umar Al-Khatib did not stop him from giving second opinions.


b) He began to develop the interest and acumen in business. He began to see business opportunities in selling Arabic reference books to madrasah students and teachers.

In 1950, he left his teacher’s shop and together with his brother, Syed Umar bin Muhammad Semait, he opened up a shop dealing with Arabic books. He called it Al-Maktabah At-Tijariyah Asy-Syarqiyah. During this time, his other brother, Mufti Syed Isa bin Muhammad Semait, was studying in Al-Azhar University in Cairo, Egypt. He used this opportunity to appoint his brother as books purchaser in Cairo and to send them back to Singapore.

The business went well. He decided to expand it to include books meant for the Malay community. Thus, he folded up his company and setup a new one and gave it a Malay name: Pustaka Nasional. He wanted this company to be his medium of dakwah.

Ustaz Syed Ahmad proved to be a prolific writer and translator. He wrote many books on Islam, and translated numerous Arabic books to Malay. When they were already Islamic books in Arabic translated to Malay, he would republished them with better type face, layout and in more readable Malay. Sometimes he would made the necessary corrections and additions after counter checking with the original Arabic text.

The following are some of the books he wrote:
1) Kuliah Subuh – Pada membicarakan Hadis 40 (3 volumes: 741 pages)
2) Hadis Qudsi – Analisa dan Komentar (2 volumes: 648 pages)
3) Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga (1 volume: 450 pages)
4) 100 Tokoh Wanita Terbilang (1 volume: 577 pages)
5) Untaian Kisah Para Wali (1 volume: 472 pages)
6) Syarah Ratib Haddad (1 volume: 280 pages)

Some of the books he translated:
1) Isra’ dan Mi’raj – Abdul Halim Mahmud (2001, 150 pages)
2) Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani - Sidi Syeikh Abdul Al-Jailani (2001, 660 pages)
3) Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama – Imam Habib Abdullah Al-Haddad (2000, 299 pages)
4) Al-Adzkar Lin Nawawi – Imam An-Nawawi (2000, 794 pages)
5) Tata-tertib Pengajian Al-Quran – Imam An-Nawawi (1999, 182 pages)
6) Belitan Iblis – Ibnul Qayyim (1994, 478 pages)
7) Dosa-dosa Besar – Muhammad bin Ahmad Adz-Dzahaby (1994, 598 pages)
8) Benteng Diri Ahli Hakikat – Syed Ahmad Ar-Rifa’I (1994, 425 pages)
9) Halal Dan Haram Dalam Islam – Dr Yusuf Al-Qaradhawi (1995, 578 pages)
10) Taubat Dan Liku-likunya – Imam Ghazali (1995, 280 pages)
11) Rahsia Sufi – Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (1997, 263 pages)
12) Untaian Kisah Nabi Dan Para Sahabat – Al-Kandahlawi (1997, 795 pages)
13) Petunjuk Thariqat ke Jalan Akhirat – Imam Habib Abdullah Al-Haddad (1999, 225 pages)
14) Bimbingan Mu’min – Imam Ghazali (1978, 873 pages)
15) Nasihat Agama Dan Wasiat Iman – Imam Habib Abdullah Al-Haddad (1981, 493 pages)
16) Petunjuk Jalan Thariqat / Penuntun Hidup Bahagia – Imam Habib Abdullah Al-Haddad (176 pages)
17) Masalah Sufi – Abu Said Al-Kharraz (1981, 598 pages)
18) Peringatan Tentang Umur Insan – Imam Habib Abdullah Al-Haddad (1982, 168 pages)
19) Mu’jizat Al-Quran – Muhammad Mutawalli Sya’rawi (1985, 592 pages)
20) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam - Abdullah Nasih Ulwan (1988, v1: 612 pages, v2: 705 pages)
21) Roh – Ibnul Qayyim (1990, 551 pages)
22) Was-was – Ibnul Qayyim (1990, 123 pages)
23) Induk Pensucian Diri – Syed Hawa (1992, 1426 pages) – co.translater M. Abdai Rathomy
24) Kifayatul Akhyar – Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini (1993, v1: 736 pages, v2: 624 pages)
25) Sahih Al-Bukhari – Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (published post-humously in 2006, 3 volumes)

Ustaz Syed Ahmad Semait might not leave a mark giving wonderful speeches and lectures, but his dakwah through writing has left a profound impact in the literary world. Perhaps his most famous and well received work is the book ‘Nasa-ih Ad-Diniyah wal Wasaya Al-Imaniyah’ by Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, which he translated to Malay and gave the title ‘ Nasihat Agama dan Wasiat Imam’. He went to great length to ensure the accuracy and integrity of his translation, reading the book cover to cover several times with Sheikh Umar Al-Khatib and trying to understand the true meaning of every word and sentence. The book has two editions: Malay Rumi, and Malay Jawi. The Rumi edition was printed 8 times, the last one in 2001. The Jawi edition was printed 7 times, the last one in 2004.

He did not teach many classes. But his famous was the Ihya’ Ulumiddin class held every Friday after Isyak prayers at Masjid Abdul Razak. There he would explain what Imam Al-
Ghazali wrote in that book, and shared what he had gathered from his teacher Sheikh Umar Al-Khatib in his Sunday morning’s Ihya’ Ulumiddin class.

Ustaz Syed Ahmad’s last class was on Friday, 14 July 2006. As usual, after Isyak he taught Ihya’ Ulumiddin at Masjid Abdul Razak. After that class, he took his wife and some of his relatives, to Kuala Lumpur by car where he had his normal weekly religious class at a mosque there. It was unsual since he normally would take the bus.

About 1.10 am, Saturday morning, 15 July 06, near the 190.1 km mark along the Yong Peng-Pagoh stretch of the highway, a boar crossed the road. The car hit it, flung up and overturned. Ustaz Syed Ahmad and Madam Fatimah, the driver’s sister, were thrown out of the car. Both were seated beside the doors.

Ustaz Syed Ahmad passed away at the site of the accident. He was buried at Batu Pahat, fulfilling his wish to be buried at wherever he died. He left behind 3 children.

May Allah bless his soul.

(source: Mufti Syed Isa Semait)

More Pictures

both


ahmad



Hasil pena yang telah diterbitkan:


Buku-buku yang ditulis beliau sendiri:

Wasiat Luqman Al-Hakim
Hadis Qudsi: Analisis dan Komentar
Kuliah Subuh: Pada Membicarakan Hadis 40
Syarah Ratib Hadad
Mari Belajar Membaca Muqaddam
Mari Belajar Sembahyang (Lelaki)
Matri Belajar Sembahyang (Perempuan)
Sepuluh yang Dijamin Masuk Syurga
Cerita Nabi Muhammad s.a.w.
Cerita Peperangan dan Damai di zaman Rasulullah
Pengakuan Kumpulan cerpen 1974 - 75


Buku-buku yang beliau tulis bersama penulis lain

Buku untuk Pengajian Madrasah :
Qiraati Al Arabiah (6 jilid buku kerja workbook dan 6 jilid buku teks)
Durus Al Lughah Arabiah (6 jilid buku kerja dan 6 jilid buku teks)
Durus Addinil Islami (6 jilid buku kerja dan 6 jilid buku teks)
Durus Attauhid (6 jilid buku kerja dan 6 jilid buku teks)
Durus Assirah Annabawiyah (6 jilid buku kerja dan 6 jilid buku teks)
Durus Al-Ahlak (6 jilid buku kerja dan 6 jilid buku teks)
Jumlah: 72


Buku-buku yang beliau terjemahkan sendiri

100 tokoh Wanita terbilang
Wahyu Ilahi
Agama Yahudi
Mu`jizat AlQuran
Tata-tertib Pengajian Al-Quran
Taubat dan Liku-likunya
Masalah Sufi. Jalam Menuju kepada Allah
Petunjuk Jalan Thariqat
Penuntuan Hidup Bahagia
Nasihat Agama dan Wasiat Iman (Rumi dan Jawi)
Petunjuk Thariqat ke Jalan Akhirat
Dakwah Yang Sempurna, Peringatan Yang Utama
Peringatan Tentang Umur Insan (Rumi dan Jawi)
Benteng Diri Ahli Hakikat
Bimbingan Mu’minin (Rumi dan Jawi)
Halal dan Haram Dalam Islam
Untaian Kisah Para Nabi dan Rasul
Isra’ dan Mi`raj
Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani
Untaian Kisah Para Wali Allah
Kumpulan Doa dan Zikir (Al Adzkar) (rumi dan jawi)
Roh
Was-was
Belitan Iblis
Dosa-dosa besar
Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (2 jilid)
Siri Syuhada (2 jilid)


Buku-buku yang beliau terjemahkan bersama penterjemah lain:

Induk Persucian Diri
Kifayatul Akhyar


Buku Terjemahan yang beliau sunting/buat pembetulan:

Penyingkapan Hati kepada rahsia-rahsia Illahi (2 jilid)
Rahsia Sufi
Bingkisan Mutiara untuk Menghidupkan Hati yang Merana
Aqidah Kaum Terselamat dari Sesat dan Bid’ah
Akhlak yang Mulia
Sedikit Tentang Kecanggihan Islam
Untaian Mutiara Hadis
Siyarus Salikin (4 jilid)
Haul Al Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad


Hasi Pena yang belum diterbitkan:
Syarah Sahih Bukhari Siri Pertama(1 Set: 6 jilid)
Al-Umm (jilid 1)


------------------------------------------


Newspaper Reports

PEMERGIAN SYED AHMAD SATU KEHILANGAN BESAR
Oleh Hisham Hambari

Singapura : 17 Julai 2006

PEMERGIAN secara tiba-tiba seorang ulama Singapura, Allahyarham Ustaz Syed Ahmad Semait, adalah sesuatu yang mengejutkan dan merupakan kehilangan besar kepada masyarakat.

Demikian reaksi beberapa pemimpin agama dan masyarakat di atas pemergian Allahyarham, yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan kelmarin.

Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa, menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham, sambil menyanjung budi dan sumbangan beliau.

'Sumbangan Allahyarham di dalam dakwah Islamiah amat terserlah sekali menerusi kuliah-kuliah pembelajaran Islam beliau di merata Singapura dan di rantau ini. Beliau lebih dikenali ramai menerusi penulisan dan hasil terjemahan kitab kitab
ilmu agama Islam yang mencakupi pelbagai bidang,' kata beliau.

Dalam satu kenyataannya kelmarin, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang merupakan antara pengasas persatuan itu.

'Beliau adalah Ahli Majlis Masyaikh Pergas sejak 2002 yang berperanan memberikan pandangan dan nasihat terhadap hala tuju Pergas.

'Awal daripada itu, beliau merupakan salah seorang pengasas Pergas pada 1957 bersama-sama dengan Almarhum Kiyai Zuhri Mutamim.

'Pada 1959, beliau dilantik sebagai Bendahari Pergas. Beliau juga adalah antara anggota jawatankuasa Majlis Fatwa Muis.

'Walaupun tidak berpeluang belajar di institusi tinggi, ilmu yang dimiliki beliau amat dikagumi para ulama serantau. Beliau adalah antara pelajar yang rapat dan lama dengan Almarhum Syeikh Umar Al-Khatib, seorang ulama terkenal yang meninggal pada 1997,' kata kenyataan itu yang ditandatangi Setiausaha Kehormat Pergas, Ustaz Firdaus Yahya.

Sebuah majlis tahlil untuk Allahyarham telah diadakan selepas solat asar semalam di Masjid Abdul Razak, Jalan Ismail.

Majlis itu dihadiri lebih 100 jemaah, terdiri daripada kaum kerabat dan anak murid Allahyarham.

Semasa ditemui dalam majlis tahlil itu, Mufti Syed Isa Semait, adik Allahyarham, berkata:

'Kita mempunyai ramai asatizah, tetapi hakikatnya dari segi mengarang dan mencetak buku-buku agama amatlah kurang.

'Allahyarham berdakwah menerusi penanya, menerusi terjemahan buku-buka agama yang telah tersebar ke seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.' - Berita Harian

------------------------------------------

'SAYA PANGGIL-PANGGIL NAMA MEREKA TAPI TIADA JAWAPAN'
Oleh Hisham Hambari

Singapura : 17 Julai 2006

BELIAU sering ke Kuala Lumpur dan Kuantan sendirian untuk mengajar kelas agama, lazimnya dengan menaiki bas.

Kelmarin, Allahyarham Ustaz Syed Ahmad Semait, mengajak isteri kedua serta ipar duainya untuk ikut sama.

Tetapi perjalanan dengan menaiki kereta itu berakhir dengan tragedi apabila beliau terkorban dalam satu nahas jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Batu Pahat.

Turut meninggal ialah seorang ipar Allahyarham, Allahyarhamha Fatimah Mohamad, 58 tahun.

Berita Minggu, berdasarkan maklumat seorang anggota keluarga terdekat, semalam silap melaporkan Allahyarhamha Fatimah sebagai isteri kedua Allahyarham.

Penumpang lain yang terselamat ialah isteri kedua Allahyarham, Cik Thuahira Abdul Rahman, 41 tahun, serta ipar-duai beliau - Encik Ismail Mohamad, 48 tahun, dan Encik Abu Bakar Mohamad, 64 tahun, iaitu suami Allahyarhamha Fatimah.

Menurut seorang jurucakap polis Malaysia, kemalangan itu berlaku sekitar 1.10 pagi di Kilometer 180.1 Lebuh Raya Utara Selatan antara Yong Peng-Pagoh.

Menyingkap kejadian itu, Encik Abu Bakar, berkata: 'Cuaca baik dan tidak banyak kenderaan. Tiba-tiba kereta kami melanggar seekor babi hutan yang melintas. Kemudian ia seperti merempuh sesuatu.'

Encik Abu Bakar dan Cik Thuahira kini masih dirawat di Unit Pergantungan Tinggi (HDU) Hospital Besar Singapura. Mereka berdua sudah sedar dan boleh berkata-kata.

Encik Ismail, pemandu kereta itu, turut cedera tetapi dibenarkan keluar dari Hospital Batu Pahat, kelmarin.

'Setelah kereta itu terbabas, saya dapati kaki kanan saya terperangkap. Thuahira yang duduk di tengah juga terperangkap dan saya dengar dia meraung kesakitan.

'Ismail yang memandu turun dari kereta dan pergi mendapatkan Ustaz Syed Ahmad dan isteri saya, Fatimah, yang telah tercampak keluar. Saya turut memanggil-manggil nama mereka, tetapi tiada jawapan. Pada ketika itu saya fikir mereka sudah tiada lagi,' tambah Encik Abu Bakar pilu.

Dalam nahas itu kedua-dua Allahyarham Syed Ahmad dan Allahyarhamha Fatimah yang duduk di sebelah pintu penumpang belakang tercampak dari kereta Mitsubishi itu.

Encik Abu Bakar berkata ambulans tiba sekitar satu setengah jam kemudian dan membawa mereka ke Hospital Batu Pahat.

Beliau dan Cik Thuahira kemudian dibawa ke SGH petang kelmarin dengan ambulans privet.

Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Ahmad selamat dikebumikan di Pusara Batu Lima, Batu Pahat, selepas solat zuhur kelmarin, sementara jenazah Allahyarhamha Fatimah dikebumikan di Singapura sekitar maghrib kelmarin. - Berita Harian


-----------------------------------------

Mufti's brother dies in road accident in Johor

Saturday July 15

Mr Syed Ahmad Semait, a well-known scholar, died in a road accident in Johor while he was on his way to Kuala Lumpur early Saturday morning.

He is the elder brother of the Mufti, who is Singapore's top Muslim religious leader.

Mr Syed Ahmad Semait was known in the region as the author of several Islamic books.

He was also a member of the Religious Rehabilitation Group, set up by the Malay community to counsel detained Jemaah Islamiah members.

He will be buried in Batu Pahat later Saturday. - CNA

source

No comments:

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH SWT