Monday, 24 August 2009

CURHAT




Salam ‘alaik,
Hari ni dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa wajib di Malaysia.Tadi selepas solat subuh di Masjid SHAS terasa tenang pula.Aku pun tak tahu dari mana datangnya ketenangan ini.Mungkin berkat solat terawih dan tilawah yang ku lakukan semalamnya.Jadi kawan-kawan di luar sana,marilah kita menghidupkan setiap malam Ramadhan ni dengan amal soleh.Bulan ni aja yang ada solat tawareh.Ops,terawih le.Dan bulan ni aja amal ibadat kita boleh menatijahkan pahala yang berlipat kali ganda.Yelah kalau semua ni nak tahu,Rasul SAW pernah bagi tahu yang umur umatnya di antara 60-70 tahun dan hanya sedikit darinya yang melepasi tahap usia ni.Betul,tak bohong.Kalau tak percaya cuba kaji sendiri.Jadi bulan ini dikurniakan oleh Allah SWT bagi membolehkan kita mengemukkan amalan bagi bersaing sengit dengan amalan umat-umat terdahulu yang berusia panjang dan ratusan tahun.
Diriwiyatkan juga dari Imam Turmizi bahawa satu huruf al-Quran yang dibaca akan diberikan sepuluh hasanah yakni kebaikan oleh Allah SWT.Hasil pengiraan dan anggaran aku,satu baris al-Quran ada 30 huruf.Jadi 30 huruf x 10 hasanah = 300 hasanah dan satu muka ada 14 baris.Maka,300x14=4200 hasanah.Dan 4200x604 muka surat al-Quran=2536800 hasanah.Wow,banyak tak kita dapat hasanah jika kita berjaya mengkhatamkan al-Quran pada setiap waktu.Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang mulia ini.
Semalam,aku dan kawan-kawanku berbuka puasa di Masjid Mardhiah a.k.a Masjid Biru,Taman Melawati.Tapi dapat berbuka dengan lauk yang sedikit aja.Tetap bersyukur.Sebab tiba-tiba aja iftor di sana penuh dengan budak-budak UIA.Siapalah rajin ‘promote’ iftor di Masjid Biru ni.Huhu.Kemudian,kawan-kawan aku ajak aku solat terawih di Masjid al-Muttaqin a.k.a Masjid Kuning.Macam-macam warna masjid-masjid di M’sia ni.Buat masa ni,aku tak pernah terjumpa masjid yang digelar sebagai Masjid Merah atau Masjid Coklat.Kalau ada sesiapa yang ada terjumpa,sila bagi tahu aku.Insya Allah,nak pergi ziarah.Apa-apa pun ketika solat di Masjid al-Muttaqin tu,hati ku terasa kerdil sebab ketika solat tu ada beberapa orang-orang yang soleh di barisan soff yang ku sertai untuk solat.Kejernihan dan ketenangan wajah mereka terpancar.Apakah rahsia mereka?Erm,tak seperti aku yang wajah tak bercaya dan menzahirkan ketenangan.Dan aku lihat masjid tu,hanya ramai dengan orang-orang yang menanti usia.
Persoalannya,mengapakah anak muda sekarang kurang nak mengimarahkan masjid.Sedangkan banyak fadhilat-fadhilat yang Allah SWT pasti berikan.Wahai pemuda,sedarkah kita akan pergi dan tak akan kembali nanti.Jadi ambilah kesempatan di bulan ini untuk merapatkan hubungan dengan Allah SWT sebab Dialah sebenarnya Kekasih kita.Boleh?Sampai sini sahaja untuk waktu ni,nak ‘study’.Wassalam

No comments:

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH SWT