Cinta dihati ku merebak putih,
Sungguh celaka jika ia melemah,
Tiada erti cinta bagiku,
Jika aliran sungai tak kusapu.
Nampaknya kita berjumpa kembali bulan yang penuh dengan keistimewaan ini.Bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari kira-kira selama sebulan di bulan Ramadhan.Sudahkah kamu bersedia untuk menikmatinya?
”Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Al-Baqarah:183
“Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan;pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya…”. Hadis Riwayat Bukhari.
“…Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu;apabila berbuka,dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya,dia gembira dengan puasanya.”Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Di dalam bulan ini terdapat satu malam yang penuh dengan kesejahteraan.
”Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut)Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” Al-Qadr:1-5.
Semua sudah ketahui bahawa setiap amalan kebaikan yang dilakukan di bulan Ramadhan akan di lipat kali gandakan.Ia merupakan satu tawaran yang hebat oleh Allah S.W.T.!
Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk mengumpul segala tawaran terhebat di bulan Ramadhan?
Berniat Puasa Wajib:
Apa-apa pun asyik sibuk membincangkan kelebihan bulan Ramadhan,janganlah pula terlupa berniat apabila nak berpuasa ye.Selain itu,kenalah rajin-rajin membaca kitab berkenaan puasa untuk mengetahui perkara-perkara mana yang boleh dilakukan dan tidak ketika sedang berpuasa.
Niat puasa untuk sebulan iaitu, ”Sahaja aku puasa bulan Ramadhan sekaliannya kerana Allah Taala.”
Niat puasa bagi tiap-tiap malam iaitu, ”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Semoga termotivasi,
“Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.” Hadis Riwayat Bukhari.
Menunaikan Solat Fardhu:
Lagi satu,tidak ada makna jika kita bersungguh-sungguh berpuasa wajib tetapi sengaja menjauhi menunaikan solat fardhu.Sungguh kecelakaan orang yang meninggalkannya.
”(kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang.(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.”Al-Ma’un 4-5.
Berdasarkan terjemahan Quran Darul Iman di halaman 602 terjemahan ayat iaitu;.(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya bermaksud orang-orang yang tidak menghargai serta melalaikan pelaksanaan dan waktu-waktu solat.
Alahai Tidur Lapan Jam Tempohnya,
Menonton TV Tiga Jam Tempohnya,
Bersahur Dan Berbuka Setengah Jam Juga,
Solat Fardhu Yang Menyeronokkan Dilupakan Juga,
Bukannya Lama Bangat Tempohnya,
Memanfaatkan Bacaan Yang Disunatkan Ketika Berpuasa:
Saya memetik tulisan Imam An-Nawawi ketika berkomentar di dalam kitabnya iaitu Al-Azkar,Pilihan Dari Kalimat-Kalimat Rasulullah S.A.W,Versi terjemahan di Bahagian Kelapan Kitab Bacaan Puasa di Bab 2 iaitu Bacaan Yang Disunatkan Ketika Puasa iaitu:
Disunatkan pula bagi orang yang sedang berpuasa apabila dicaci maki oleh seseorang atau diperlakukan tidak senonoh, ia berkata kepada orang itu ”aku sedang berpuasa,aku sedang berpuasa dua kali atau lebih.
Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,”Puasa itu benteng(perisai),maka apabila salah seorang dari kalian berpuasa,janganlah ia berkata keji dan membuat tidak senonoh.Jika ada seseorang yang hendak memusuhinya atau memakinya,hendaklah ia berkata:Aku sedang berpuasa,aku sedang berpuasa-sebanyak dua kali.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Memanfaatkan al-Quran:
”Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah,baginya satu hasanah (kebaikan). Satu kebaikan itu bersamaan sepuluh kali ganda.Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf.Tetapi,alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.” Hadis sahih riwayat at-Tirmizi,al-Darimi dan selainnya.
Nah,rasanya hadis di atas cukup memotivasikan kita.Bagi yang mampu seelok-eloknya khatamlah al-Quran sekurang-kurangnya sekali.Jika ia dilakukan di dalam bulan Ramadhan tentunya akan berlipat-kali ganda ganjaran yang diberi oleh Allah S.W.T. .Ayuh!Nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?
Memanfaatkan Zikir:
Imam Ibn Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya yang berharga Al-Wabilush Shayib ,tentang faedah zikir yang lebih dari tujuh puluh.Di antaranya adalah zikir mampu mengusir syaitan,mengalahkan,dan menundukkannya,menjadikan Allah Ta’ala ridha,menghilangkan stres,melenyapkan kegelisaan dan kesedihan,mendatangkan rasa senang ,suka cita dan gembira ria. (Diolah dari Kitab Tazkiyah Metode Pembersihan Hati Aktivis Dakwah di halaman 129 oleh Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri.)
Nabi S.A.W. bersabda, ”Siapa yang setiap hari dan malam membaca subhanallah wa bi hamdihi seratus kali,maka terhapuslah dosa-dosanya,meskipun dosa-dosanya itu seperti buih di laut.” Hadis Riwayat Bukhari,Muslim dan Malik.
Zikir di atas hanya sedikit yang mampu saya kongsikan dengan saudara.Boleh saja digantikan dengan tasbih,tahmid,tahlil atau takbir.Kalau berasa tak cukup juga,beli sahaja Ma’thurat Sughra yang berkoskan RM1 di Malaysia ini dan amalkannya.
Memanfaatkan Maghfirah (Ampunan):
Saya dan kamu banyak dosa!Betulkan?Jadi di bulan yang mulia ini mari kita sama-sama memohon taubat dan maghfirah (ampunan) dari Allah S.W.T..Selain itu,kita juga turut perlu memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita dan memohon maaf dari hamba-hamba Allah yang pernah kita lakukan kesalahan terhadapnya.
”Dan beristighfarlah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” Al-Muzammil : 20
Ikhlaskan hati mohon kemaafan,
Tebuslah dosa ditapak tangan mu,
Lupakan saja silap dan salah,
Insan bersatu membina ummah,
Al-Hasan berkata, ”Perbanyaklah istighfar di rumah-rumah,di meja-meja makan,di jalan-jalan,di pasar-pasar,di majlis-majlis ta’lim, dan di mana saja kamu berada,kerana sesungguhnya kamu tidak tahu kapan maghfirah itu turun.” (Dipetik dari Kitab Tazkiyah Metode Pembersihan Hati Aktivis Dakwah di halaman 148 oleh Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri.)
Imam Nawawi berkomentar,
“Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta’ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi tiga macam syarat, yaitu: Pertama hendaklah menghentikan sama sekali-seketika itu juga -dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya. Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sahlah taubatnya.(Dipetik dari Kitab Riyadhus Sholihin di Bab 2 Taubat oleh Imam An-Nawawi).
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Riwayat Bukhari).
“Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.” Hadis Riwayat An-Nasai’e.
Jadi apa tunggu lagi?
Memanfaatkan Solat Sunat:
”Solat Sunat Terawih dan Ramadhan ibarat kuku dan isi,ia tidak dapat dipisahkan.Ia mengindahkan antara satu sama lain.Qiyamulail pula,ia mengeratkan lagi kuku dan isi ini”
Menjadi tradisi umat Islam menunaikan solat sunat Terawih semenjak zaman Rasulullah S.A.W..Jikalau, Aidil Adha terkenal dengan ibadah haji maka Aidil Fitri terkenal dengan amalan bulan sebelumnya iaitu puasa dan terawih.Digalakkan kita melakukan solat sunat Terawih sebanyakkan 20 rakaat secara berjemaah kerana ia merupakan sunnah Khulafa’ Ar-Rashidin.Jika tidak mampu buat saja 8 rakaat dan ia merupakan sunnah Rasulullah S.A..W..Kita umat Islam selain mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.,dibolehkan juga mengikuti sunnah Khulafa’ Ar-Rashidin.Selepas menunaikan solat sunat Terawih,jangan terlupa pula menunaikan solat sunat Witir ye!
Kita juga boleh mengamalkan solat sunat yang lain seperti solat sunat Nawafil,Taubat,Tahajud , Hajat dan lain-lain jika berkemampuan.
Imam Ibn Taimiyah berkata, "(Seseorang) boleh bersolat terawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."
Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadan itu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)
Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadan itu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)
Memanfaatkan Doa:
Doa orang-orang yang berpuasa ,insya-Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T..Jadi mari kawan-kawan kita ambil peluang ini.Yakinlah dengan janji Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. iaitu
”Dan Tuhanmu berfirman,”Berdoalah kepada-Ku,niscaya akan Kukabulkan doamu.” Al-Mu’min:60.
“Tiga doa yang sangat mustajab,doa orang yang puasa,doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir”.Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,Tirmizi.
Seorang penyair bertutur dalam gubahannya,
Janganlah kalian meminta suatu kebutuhan kepada manusia
Tapi,mintalah kalian kepada Dzat yang pintu-pintu-Nya
Tidak pernah tertutup,
Allah marah jika kalian tidak meminta kepada-Nya,
Dan apabila kalian meminta manusia ia pasti marah.
Memanfaatkan Sedekah:
Ayuh kita fahami dan hayati hadis di bawah iaitu,
”Sesiapa yang memberi makanan buka puasa untuk orang yang berpuasa,baginya umpama ganjaran orang yang berpuasa itu,tanpa dikurangi pahalanya.” Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah.
… tanpa dikurangi pahalanya?Lihat kawan-kawan,bisa kaya pahala kita bila tiba Ramadhan kali ini (ayat Indonesia sikit).Sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu senyum pada wajah yang halal,memberi makan pada orang lain walaupun sekadar sebiji kurma dan menabung di masjid walaupun sebanyakkan sepuluh sen.
Insya-Allah dengan amalan-amalan yang kita lakukan di atas dapat membolehkan kita untuk meraih redha Allah S.W.T.Selain itu,kita berharap bisa ketemu dengan malam Lailatul Qadar yang boleh didapati pada sepuluh malam ganjil terakhir Ramadhan.
“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda.Allah berfirman:Kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku”.Hadis Riwayat Muslim.
Ia mungkin sedikit yang dapat saya kongsikan dan mungkin Ramadhan terakhir untuk kita.Siapa tahu?Jikalau saudara ketemu yang lebih dari ini.Digalakkan untuk kita mengamalkannya.Ayuh,jangan biarkan Ramadhan terlepas!Wallahu’alam.
Ibn Ismail
16:25
Mahallah Zubair al-Awwam
1 Ramadhan 1429 Hijrah
No comments:
Post a Comment