Thursday 5 August 2010

Ahamiah At-Tarbiah Ar-Rabbaniah-Kepentingan Tarbiah Rabbaniah










Bismillahirrahmannirrahim,
Sahabat-sabahat di luar sana mungkin tertanya-tanya tentang tarbiah.Apa itu tarbiah? Mengapa perlu tarbiah?Tarbiah bererti didik, asuh, jaga, pelihara. Tarbiah iaitu proses berterusan untuk membentuk pola-pola tingkah laku dalam diri anak didik sejajar dengan kehendak pendidik.Kebiasaannya bayi,kanak-kanak dan remaja akan mendapat tarbiah daripada ibu bapa di rumah,guru-guru di sekolah dan para pensyarah di IPT.Namun,asuhan yang diterima oleh setiap manusia itu mungkin tidak sempurna dan penuh kekurangan.Setiap individu muslim di serata dunia tetap menghadapi masalah yang sama iaitu ‘lack of tarbiah'.Sahabat-sahabat mesti pernah terdengar berita berkaitan dengan masalah gejala sosial yang melanda kebanyakkan individu-individu muslim.Ada yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah,zina,menyamun,merompak,derhaka kepada ibu bapa dan banyak lagi.Berdasarkan kisah-kisah tersebut dapat kita fahami bahawa individu-individu muslim tersebut tidak mendapat tarbiah yang sepatutnya. Allah berfirman:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian .Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al-‘Asr:1-3)
Tarbiah Rabbaniah vs Tarbiah
Tarbiah Rabbani dinisbahkan kepada Allah.Tarbiah rabbaniah merupakan proses berterusan dalam usaha membentuk pola-pola tingkah laku dalam diri anak didik sejajar dengan kehendak Allah berpandukan manhaj tarbiah Ilahiah.
Mengapa Perlu Tarbiah Rabbaniah
Selagi kita digelarkan sebagai manusia selagi itulah kita memerlukan tarbiah rabbaniah sehingga ke akhir hayat kerana manusia bersifat pelupa dan tidak sempurna..Tambahan pula setiap manusia itu mempunyai musuh yang nyata iaitu iblis dan hawa nafsu yang sentiasa bergejolak.
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Al-A’raf:16-17)
Lihat iblis telah pun berjanji untuk menyesatkan kita tanpa putus asa.Tarbiah rabbaniah akan menjadi imunisasi kepada diri kita jika dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh.Ia akan menjadi imunisasi kepada peribadi kita iaitu imunisasi kepada ma’nawiah(roh dan iman),fikriah(pemikiran dan ideologi) dan tanzimiah(struktur da’wah) kita.
Peranan Naqib/ah
Usrah seperti yang diketahui umum dipimpim oleh seorang naqib/ah ataupun digelarkan sebagai murabbi/ah.Peranan setiap naqib/ah terhadap usrah dan ahli usrahnya ialah
Mempastikan matlamat usrah tercapai
Memupuk niat yang ikhlas
Membina rasa tanggungjawab terhadap: Allah, keluarga, organisasi, masyarakat
Membina hubungan yang erat dengan Quran, Sunnah dan Sirah
Menghidupkan ta`awun di kalangan ahli usrah untuk mendalami agama dan mengamalkannya
Mempertingkat kuantiti dan kualiti ahli usrah
Kewajipan sosial terhadap ahli usrah:
*.Membina ukhuwah di kalangan ahli usrah
*Menyemaikan nilai-nilai kebaikan di kalangan mereka
*Menjadi sekeping hati yang dapat menampung hati mereka
*Menjadi akal yang bijak memberi dan menerima nasihat
Naqib pemimpin pertama yang berinteraksi secara langsung dengan ahli dalam organisasi. Dialah murabbi kepada individu, merancang, menjana tenaga dan potensi ahli. Dialah yang mampu memandu arah dan memberikan tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat. Naqib merupakan unsur terpenting menjamin kejayaan usrah sekiranya dia bertakwa dan merasakan muraqabah Ilahi,akan menjadikan usrah itu muntijah .Naqib termasuk dalam senarai ‘masul’. Para masul ialah para naqib, para raqib, masul sekolah, masul fakulti, masul kawasan, anggota lajnah.
Usrah/halaqah/liqa’ bukan sahaja tempat naqib/ah mencurahkan ilmu kepada mutarabbi/ahnya tetapi lebih daripada itu.Ia juga merupakan tempat kepada naqib/ah menyemai fikrah,ruhiah dan harakah (gerak kerja dakwah) kepada setiap mutarabbi/ahnya itu.Di dalam usrah/halaqah/liqa’ setiap ahli usrah akan menjalani proses ta’aruf,tafahum,dan takaful semoga saling mengenali,memahami antara satu sama lain dan saling bantu-membantu.
Profile Seseorang Da’i atau Pendakwah.
Profile? Da’i ataupun pendakwah pun perlu ada profile ke?Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang da’i ataupun pendakwah ialah disenangi.Da’i atau pendakwah perlu ada sikap ini iaitu disenangi seperti tidak melakukan kontroversi,pandai bergaul,tidak pemarah,suka senyum =), menjaga penampilan dan kebersihan serta tutur kata yang indah.
Kedua,da’i atau pendakwah perlu mudah didekati iaitu menjadi tempat rujukan orang-orang disekeliling.Contoh extreme ialah seperti da’i bernama Sheikh Yusuf al-Qardhawi.Ada masalah tentang hukum-hakam pasti umat Islam menjadikan Sheikh al-Qardhawi tempat rujukan dan bertanya.Manakala,contoh yang paling mudah ialah seperti para ustaz dan ustazah yang mengajar kita.Setiap kali ada masalah tentang hukum-hakam kita akan bertanyakan ustaz atau ustazah yang mengajar kita.Skop rujukan tidak saya sempitkan di dalam bidang agama sahaja tetapi luas dari itu.Seseorang da'i atau pendakwah itu mungkin menjadi tempat rujukan di dalam mata pelajaran biologi ,ekonomi,sastera dan lain-lain.Barulah orang mudah yakin dengan kita.Betul tak?
Terakhir,para da’i atau pendakwah harus dijadikan qudwah ataupun ‘role model’ kepada orang-orang disekeliling seperti yang berjaya Rasulullah S.A.W lakukan.Allah S.W.T berfirman:
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.(Al-Furqaan:63)
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Al-Ahzab:21)
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.(Al-Fat-h:29)
Wallahu’alam
Ibn Ismail
18/4/08
10:15 P.M.

1 comment:

Firdaus Sulaiman said...

Tarbiah sentiasa diperlukan manusia. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut mendapatkan tarbiah, iaitu tarbiah Allah langsung. Beliau bersabda : "Addabani Rabbi fa Ahsana Ta'dibi" Maknanya : "Tuhanku telah mentarbiahku, maka Dia telah mentarbiahku dengan sebaik-baik tarbiah."
Salam kenal..
http://risalahhati.blogspot.com

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH SWT